INTIPATI PELAKSANAAN SBPA 2012

Mulai 01 Januari 2012, peluang guru untuk naik pangkat lebih cepat melalui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) berbanding sistem sedia ada.

Dalam SSBPA , Kenaikan pangkat secara time based adalah lebih singkat iaitu antara tiga hingga lapan tahun sahaja.

Misalnya untuk kenaikan pangkat ke gred DG1-2 atau DG1-4ditetapkan pada lapan tahun manakala untuk ke gred DG1-5 pula enam tahun.

Bagi kenaikan pangkat ke gred DG2-5 (Guru Kanan) pula, seseorang pendidik itu mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG2-3.

Antara Intipati Pelaksanaan SBPA 2012 yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan 2.
Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan 3.
Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Read more...

MUAT TURUN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN



MUAT TURUN RPT MATEMATIK

Matematik Tahun 6

Matematik Tahun 5

Matematik Tahun 3
Matematik Tahun 2

Matematik Tahun 1

MUAT TURUN RPT SAINS
Sains Tahun 6
Sains Tahun 5
Sains Tahun 4
Sains Tahun 3
Sains Tahun 2
Sains Tahun 1

MUAT TURUN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu Tahun 6

Bahasa Melayu Tahun 5
Bahasa Melayu Tahun 4
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 2
Bahasa Melayu Tahun 1

MUAT TURUN RPT BAHASA INGGERIS
English Year 6
English Year 5
English Year 4
English Year 3
English Year 2
English Year 1

MUAT TURUN RPT PENDIDIKAN JASMANI

Pend. Jasmani Tahun 6
Pend. Jasmani Tahun 5
Pend. Jasmani Tahun 4
Pend. Jasmani Tahun 3
Pend. Jasmani Tahun 2
Pend. Jasmani Tahun 1

MUAT TURUN RPT PENDIDIKAN MORAL
Pend. Moral Tahun 6

Pend. Moral Tahun 5
Pend. Moral Tahun 4
Pend. Moral Tahun 3
Pend. Moral Tahun 2
Pend. Moral Tahun 1

MUAT TURUN RPT PENDIDIKAN MUZIK
Pend. Muzik Tahun 6

Pend. Muzik Tahun 5
Pend. Muzik Tahun 4
Pend. Muzik Tahun 3
Pend. Muzik Tahun 2
Pend. Muzik Tahun 1

MUAT TURUN RPT KEMAHIRAN HIDUP
Kemahiran Hidup Tahun 6

Kemahiran Hidup Tahun 5
Kemahiran Hidup Tahun 4

Read more...

DOWNLOAD BAHAN-BAHAN KSSR

Elemen Merentas Kurikulum - (Kemaskini Jun 2011)
Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Surat pekeliling ikhtisas bil 11_2010
Pekeliling Pelaksanaan KSSR PENDIDIKAN KHAS Tahap 1
Surat Siaran Pelaksanaan Modul Elektif KSSR
Konsep KSSR


TAHUN 2 ( NEW )
Panduan Guru BM Thn 2 SK
Panduan Guru BM Thn 2 SJK
Bahan Taklimat KSSR Tahun 2 - (Kemaskini Jun 2011)
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Cina (SJKC) Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Tamil (SJKT) Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Matematik Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Kesihatan Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Islam Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Moral Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Seni Visual Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Seni Muzik Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Sains & Teknologi Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Arab Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Cina (SK) Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Tamil (SK) Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Iban Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Pendengaran Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Penglihatan Tahun 2
Dokumen Standard Kurikulum & Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Pembelajaran Tahun 2


TAHUN 1
Bahan Sokongan KSSR BM Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR BI Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR BC Tahun 1 SJKC
Bahan Sokongan KSSR BC Tahun 1 SK
Bahan Sokongan KSSR BT Tahun 1 SJKT
Bahan Sokongan KSSR BT Tahun 1 SK
Bahan Sokongan KSSR BA Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Islam Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Matematik Tahun 1 Versi BM
Bahan Sokongan KSSR Matematik Tahun 1 Versi BC dan BT
Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Khas - Masalah Pendengaran Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Khas - Masalah Penglihatan Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Khas - Masalah Pembelajaran Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Sains Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Muzik Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR Seni Visual Tahun 1
Lagu BMSenarai Nilai-nilai Murni


Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR
TAHUN 2 ( NEW )
Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 SK
Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 SJK
Dokumen Standard Prestasi BI Tahun 1 dan Tahun 2 SK
Dokumen Standard Prestasi BI Tahun 1 dan Tahun 2 SJK
Dokumen Stardard Prestasi Bahasa Cina Tahun 1 dan Tahun 2 SK
Dokumen Stardard Prestasi Bahasa Cina Tahun 1 dan Tahun 2 SJK
Dokumen Standard Prestasi Tamil Tahun 2 SK
Dokumen Standard Prestasi Tamil Tahun 2 SJK
Dokumen Standard Prestasi Matematik Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Jasmani Tahun2
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 2 Ver BM
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 2 Ver BC
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 2 Ver Tamil
Dokumen Standard Prestasi Dunia Seni Visual Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi Dunia Muzik Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Ver BM
Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Ver BC
Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Ver Tamil
Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 2

TAHUN 1
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 1 - SK
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 1 - SJK
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 1 - SK
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 1 - SJK
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Cina Tahun 1 - SJKC
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Cina Tahun 1 - SK
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Tamil Tahun 1 - SJKT
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Tamil Tahun 1 - SK
Dokumen Standard Bahasa Iban Tahun 1
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Kadazandusun Tahun 1
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 1 (Mei 2011)
Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1
Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 - Versi BM
Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 - Versi BC
Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 - Versi BT
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Moral Tahun 1 - Versi BM
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Moral Tahun 1 - Versi BC
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Moral Tahun 1 - Versi BT
Dokumen Standard Kurikulum P. Jasmani Tahun 1 - Versi BM
Dokumen Standard Kurikulum P. Jasmani Tahun 1 - Versi BC
Dokumen Standard Kurikulum P. Jasmani Tahun 1 - Versi BT
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Kesihatan Tahun 1
Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 - Versi BM
Dokumen Standard Kurikulum Muzik Tahun 1 - Versi BC
Dokumen Standard Kurikulum Muzik Tahun 1 - Versi BT
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Seni Visual Tahun 1 - BM
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Seni Visual Tahun 1 - BC
Dokumen Standard Kurikulum Pend. Seni Visual Tahun 1 - BT
Pendidikan Khas - Masalah Pendengaran
Pendidikan Khas - Masalah Penglihatan

Read more...

CIRI-CIRI MATAWANG BARU 2012


Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia pada hari ini. Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun hadapan manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas baru Malaysia yang itu.

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.


Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari, 22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Semoga post ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para pembaca. Untuk keterangan lanjut sila layari sumber kami

sumber: Duit Kertas Baru Malaysia Bank Negara Malaysia

Read more...

GELERI GAMBAR AKTIVITI SEKOLAH

Read more...

GELERI GAMBAR SUKAN

Read more...

PENCAPAIAN UPSR 2011

Pencapaian Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2011

Kecemerlangan

Bil

5A

4A

3A

2A

1A

191

21

22

00

00

00



Pencapaian AM

LS

%

GS

%

000

73.29

00

0.00



Pencapaian Mata Pelajaran


A

B

C

J

%

D

E

J

%

GPMP

BM1

104

32

38

174

91.1

11

06

17

08.9

0.00

BM2

85

49

28

162

85.3

14

14

28

14.7

0.00

BI

28

76

54

158

82.7

24

09

33

17.3

0.00

MAT

58

47

57

162

84.8

17

12

29

15.2

0.00

SNS

74

90

20

184

96.3

05

02

07

03.7

0.00

Gred Purata Sekolah (GPS) : 2.12

Read more...

Followers

radio



.: Frenzy.Fm :.
Mesti Gempak Punya!~

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP