Guru lulus temu duga pasti dapat kenaikan

KUALA LUMPUR - Seramai 15,000 orang guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan telah ditemu duga untuk kenaikan gred DG41 sejak dua tahun lalu diminta bersabar dan menunggu surat tawaran kenaikan itu daripada Kementerian Pelajaran.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, masalah tersebut berlaku mungkin disebabkan wujudnya faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan kenaikan gred berkenaan.

"Memang dua tahun itu suatu tempoh yang boleh disifatkan sebagai lama dan tidak berpatutan, namun, ia terpaksa dihadapi oleh guru berkenaan.

"Mungkin kekurangan kekosongan tempat bagi gred berkenaan menjadi antara punca masalah ini timbul dan apa yang boleh mereka lakukan ialah menunggu sahaja surat tawaran itu tiba," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

kosmo

Read more...

PONTENG SEKOLAH DIARAH BACA AL-QURAN

KOTA BHARU: Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu, yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini, diarah membaca al-Quran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang berkata kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun, ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.


Operasi bersepadu melibatkan lapan agensi kerajaan berkaitan, selama dua jam bermula 9.30 pagi itu, adalah lebih kepada usaha untuk mendidik pelajar agar tidak ponteng sekolah, katanya.

Katanya terserah kepada pihak sekolah untuk memanggil ibu bapa atau penjaga pelajar terbabit untuk dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan anak mereka itu.

Beliau berkata operasi bersepadu itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras penglibatan pelajar dengan kegiatan tidak sihat.

Operasi bersepadu itu melibatkan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kota Baharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. -- BERNAMA

Read more...

Followers

radio



.: Frenzy.Fm :.
Mesti Gempak Punya!~

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP